TUTORIAL HANDMADE TISSUE PAPER

1. doorgift daripada bunga kertas tisu

No 1 Bahan-bahan:
pita pelekat bunga,
reben size 1/4 inci berukuran  40cm
nett: lebar 13cm x panjang 15cm
kertas tisu 3 helai size 7cm x 16cm,
3 dawai no. 26 berukuran 12cm,
1 dawai no. 26 berukuran 4cm/reben berukuran 8cm(untuk ikat pada nett)
daun pandan/sabun/gula2(ikut kreativiti)

no 2 dan no 3. Ambil reben dan simpul 2x
no.4 dan no. 5  ikat hujung reben dengan dawai
no.6 reben yg sudah siap diikat

No. 7, no .8 dan no. 9 Ambik nett dan lipat.Pastikan lipat ikut lebar bukan panjang. Seterusnya ikat hujung nett dengan dawai.
No.10 dan no 11  Ambik kertas tisu dan lipat. Pastikan jika guna 2 warna sila selang selikan ia. Lipat kepada 6 bahagian macam gambarajah no .12
No.13 siap lipatan sila ambil dawai dan ikat di bahagian tengah.
No.14 kembangkan bunga tersebut
No 15. Dan no 16  tarik satu bahagian satu persatu ikut arah jam.selesai satu lapisan teruskan pada lapisan no 2 dan no 3
No.17 hasil bunga siap dikembangkan.kemaskan ia.
No 18 satukan reben dengan bunga guna pita pelekat bunga.lilit bagi kemas.
No 19 dan no 20 satukan pula nett. Pastikan nett dan reben berada pada kedudukan yg selari.
No 21. Kemaskan lebihan dawai dan bengkokkan sedikit dawai itu.
No 22 siap boleh isi dengan daun pandan/sabun/sebagainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan