Disini saya sertakan tutorial bunga telur tisu untuk tatapan anda semua :)
Semoga tutorial ini sedikit sebanyak dapat membantu anda :)
Jika ingin menempah bunga telur, boleh sms/whatsapp 013-3085064 (nuraim)
ambik kertas tisu siap di potong berukuran : panjang 25cm x lebar 10cm sebanyak 5/6/8/10 keping dan susun. |
1. guna banyak keping akan jadikan bunga tu kembang
2. jika guna 2/3 jenis warna kertas tisu susun berselang-seli / lapis atas warna a, lapis bawah warna b :)
lipat macam lipatan kipas tu sebanyak 5/6/7/8 sampai habis. refer gambar ye :) |
potong sikit hujung tepi kertas tisu yang siap di lipat tu..potong melengkung/tajam pun boleh..ikut citarasa anda :) kemudian, ikat dengan dawai kat bahagian tengah tu tau..:) |
taraa...siap dah 1 pcs bunga tisu yang sweet :) boleh kemaskan skit.potong lebihan bahagian yang x kemas :) |
ambik kain nett..lipat dan ikat dengan dawai tips: jika tak nak ikat pun tak apa..lipat saja kemudian pasang terus pada bunga telur dengan cara lilit dengan pita pelekat |
sila refer gambar untuk reben..silangkan reben kemudian ikat dengan dawai. buat 5 reben |
ambik bunga tisu tadi dan pasangkan pada lidi buluh..lilit kemas-kemas ya :) |
ambik reben dan lilitkan pada lidi buluh tu..lilit reben pertama,kedua,ketiga,keempat .kemaskan ia |
no 19: ambik nett tadi dan pasangkan pada lidi buluh..lilit dengan pita dgn kuat dan kemas no20: aksesori tambahan seperti nett organza di selitkan bersama reben no 21. lilitkan sampai 3/4 lidi buluh |
yeayyyy!! siap sudah bunga telur tisu ..kemaskan apa yang patut kasi cantik :) |
salam....
BalasPadammmg menggunakan tisu ker utk dijadikan lapisan...
boleh saya tau beli kat mana tisu tu...
try cri dkt kedai art n craft. . mrdiy ad tp yg dh potong..
BalasPadam